Bangsa Johor Bahagia
Mengenai UTMBJB
‘Bangsa Johor Bahagia’ adalah projek pembangunan komuniti lestari sejak 2018 yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor

Membina komuniti celik digital di Flat Kangkar Pulai sebagai Projek Perintis Bangsa Johor Bahagia dengan kerjasama Yayasan Zarith Sofiah dan Universiti Teknologi Malaysia.
Projek yang melibatkan 30 orang penduduk pangsapuri, 3 Pakar dan 55 Pelajar UTM ini memfokuskan pembangunan Laman Edible BJB di Rumah Pangsa Kangkar Pulai.
Melibatkan pakar dan 11 pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur. Dimulakan dengan pemprofilan penduduk serta audit fasiliti untuk mendapatkan maklumat demografi dan keperluan penduduk.
Program Komuniti Berjaya dilaksanakan untuk menyuntik elemen inspirasi dan perubahan minda penduduk dalam kalangan remaja dan wanita untuk lebih proaktif dan progresif dalam menjayakan impian Komuniti Sukses BJB.