Aktiviti Audit Fasiliti dimulakan dengan taklimat oleh Prof. Madya Sr. Dr. Maimunah binti Sapri kepada ahli Skuad FKS dan pelajar jurusan harta tanah yang membantu penduduk membuat penilaian tersebut. Dua pelajar bersama wakil penduduk telah ditugaskan untuk membuat penilaian di setiap blok. Penduduk juga telah bekerjasama untuk membuat penilaian persekitaran di setiap aras.
Borang penilaian atau borang audit tersebut telah disediakan oleh pihak UTM CRES. Penilaian mengikut skala likert 1(sangat tidak memuaskan) hingga 5 (sangat memuaskan) ini memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan aspek keselamatan yang telah dihasilkan berdasarkan Indeks Shariah Malaysia (Prasarana dan Persekitaran) yang sangat menekankan elemen pemeliharaan agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Untuk memastikan keadaan fasiliti sentiasa berada dalam keadaan baik, penilaian ini dicadangkan untuk dibuat pada setiap 4 atau 3 bulan sekali.

Bengkel Rekabentuk Persekitaran Lestari Bersama Komuniti
Pengenalan Penglibatan adalah daripada empat golongan utama: Kanak-kanak, Remaja, Dewasa (25 hingga 45 tahun) dan Dewasa (46 hingga 70 tahun). Tujuan bengkel ini adalah untuk