KOMUNITI PANGSAPURI KENARI MENANG ANUGERAH BERPRESTIJ PERSATUAN PERANCANG KOMANWEL

Kongsi Berita:

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KENARI FLATS WIN PRESTIGIOUS COMMONWEALTH ASSOCIATION OF PLANNERS AWARD

The Kenari Flats community in Kangkar Pulai has been named the winner of the Commonwealth Association of Planners (CAP) Award for Planning Achievement following the success of its Community Farming Project in the residential vicinity.

The result was announced yesterday (8th November) in the CAP’s official website.

HM The Permaisuri of Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, was elated at the news and congratulated the community, which is part of the ‘Bangsa Johor Bahagia’ (BJB) Pilot Programme mooted by Her Majesty and HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, aimed at benefitting low-cost communities.

“I am so happy for the community! It shows what can be achieved when we show a sincere interest to help a community and follow through. This award is an awesome recognition of the BJB programme.

“The professors and teams from Universiti Teknologi Malaysia (UTM) have shown great enthusiasm and dedication since the programme’s inception, and have already set up a module that can be replicated.

“We had planned to expand the programme to other flats communities in Larkin and Pasir Gudang, for example, but were hampered by the Covid-19 pandemic. The success at Kenari proves it can be done and consistent commitment will bring its own benefit for the communities’ improvement,” said Her Majesty to the Royal Press Office (RPO).

The community farming project involved the participation of the mainly low-and medium income flat residents in community farming and compost-making efforts.

UTM, which is located not far from the flats, provided resources and technical knowledge. The garden now features a wide variety of flowers, vegetables, fruits and herbs such as banana, papaya, turmeric, ginger, ladies finger, spinach, ulam (edible flora) and chilli.

The initiative has spurred a deep sense of commitment and community spirit among the residents who now come together to care and tend to their garden.

The Bangsa Johor Bahagia programme is also supported by the Sultan Ibrahim of Johor Foundation (SIJF), the Raja Zarith Sofiah of Johor Foundation (YRZSNJ), as well as the Iskandar Puteri City Council (MBIP).

~~~~~

KOMUNITI PANGSAPURI KENARI MENANG ANUGERAH BERPRESTIJ PERSATUAN PERANCANG KOMANWEL

Komuniti Pangsapuri Kenari di Kangkar Pulai dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Perancangan oleh Persatuan Perancang Komanwel (CAP) hasil kejayaan Projek Pertanian Komuniti di kawasan perjiranan berkenaan.

Keputusan diumumkan dalam laman web rasmi CAP semalam (8 November)

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah menzahirkan kegembiraan dan ucapan tahniah kepada komuniti itu.

Ia merupakan sebahagian program perintis Bangsa Johor Bahagia (BJB) yang diilhamkan Baginda Tuanku Permaisuri bersama DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk membantu komuniti di kawasan penempatan kos rendah.

“Saya berasa amat gembira untuk mereka. Ini menunjukkan kejayaan yang mampu dicapai jika kita ikhlas membantu sesebuah komuniti. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan yang sangat baik untuk program BJB.

“Para profesor dan pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menunjukkan semangat dan dedikasi yang mengagumkan sejak permulaan program ini dan telah menghasilkan sebuah modul yang boleh diaplikasikan di tempat lain.

“Kita juga merancang untuk mengembangkan program BJB ini kepada komuniti lain seperti di Larkin dan Pasir Gudang, namun terhalang akibat pandemik Covid-19. Kejayaan komuniti Kenari membuktikan program ini berkesan dan komitmen berterusan akan membawa hasil positif kepada masyarakat setempat,” titah Baginda Tuanku Permaisuri kepada Royal Press Office (RPO).

Projek pertanian komuniti itu melibatkan penduduk berpendapatan rendah dan pertengahan di flat berkenaan dalam aktiviti pertanian serta pembuatan kompos.

Pihak UTM, yang kampusnya berhampiran dengan Kangkar Pulai telah membantu dari segi perkongsian sumber dan pengetahuan teknikal.

Tapak pertanian Kenari kini mempunyai pelbagai jenis bunga, buah-buahan, sayur-sayuran dan herba seperti pisang, halia, ulam-ulam, dan lada.

Inisiatif BJB telah menerapkan semangat kejiranan dan komitmen yang utuh dalam kalangan penduduk komuniti yang bersama-sama mengusahakan laman pertanian mereka.

Program BJB turut disokong oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)

Credit to : Facebook The Royal Johor

Menarik Untuk Anda

Berita Terkini

10000 Langkah Bahagia

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) dan IKRAM telah bekerjasama menjayakan tiga aktiviti di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai iaitu 10000 Langkah Bahagia Aktiviti