KOMUNITI FLAT KENARI BANGSA JOHOR BAHAGIA JUARA PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ANJURAN MBIP

Kongsi Berita:

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Komuniti Flat Kenari Kangkar Pulai Program Bangsa Johor Bahagia mengungguli pertandingan video pendek anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bersempena Hari Kemerdekaan.

DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada komuniti Flat Kenari diatas kemenangan itu.

Video berdurasi selama tiga minit memaparkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan anak-anak muda.

Selain memaparkan penglibatan kanak- kanak dalam berbagai aktiviti anjuran penduduk dalam mewujudkan komuniti yang peka kepada pentingnya suasana harmoni dan kerjasama dalam aktiviti berfaedah yang boleh meningkatkan taraf sosio-ekonomi serta kesedaran pentingnya kebersihan kawasan sekeliling dan pembelajaran dalam kalangan anak anak.

Projek pertanian bandar atau urban farming di Flat Kenari Kangkar Pulai turut merapatkan hubungan silaturahim penduduk berbilang bangsa.

Bangsa Johor Bahagia merupakan projek ilham DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor.

Ia bertujuan membantu meningkatkan kualiti hidup golongan miskin bandar dengan melibatkan penduduk pelbagai peringkat umur dalam aktiviti kemasyarakatan, sekaligus mengelakkan penularan gejala sosial.

Credit : Facebook The Royal Johor

Menarik Untuk Anda

Berita Terkini

10000 Langkah Bahagia

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) dan IKRAM telah bekerjasama menjayakan tiga aktiviti di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai iaitu 10000 Langkah Bahagia Aktiviti