Gaya Hidup Sihat

Pengenalan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) dan IKRAM telah bekerjasama menjayakan tiga aktiviti di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai iaitu Senamrobik, 10000 Langkah Bahagia dan pendaftaran aktiviti sukan yang akan berlangsung pada 9 mac 2019. Aktiviti ini disertai oleh penduduk dan turut disertai oleh beberapa pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) dan IKRAM.

Objektif utama aktiviti ini adalah untuk menjadikan penduduk Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai sebagai komuniti yang berjaya, sihat dan disamping itu mengeratkan lagi silaturrahim satu sama lain. Berikut adalah aktiviti yang telah berjaya dijalankan.

Senamrobik telah diadakan di padang permainan Kenari. Manakala 10,000 Langkah Bahagia bermula di Kenari dan melalui Jentayu, Merak dan Nuri. Pendaftaran aktiviti sukan yang akan berlangsung pada 9 mac 2019 juga telah dijalankan dengan baik dengan kerjasama penduduk Rumah Pangsa Kangkar Pulai.

Aktiviti