Pembangunan Sistem Digital BJB

Pengenalan

Pembangunan Sistem (DigitalBJB) bertujuan untuk memperkasakan pengoperasian perbadanan Rumah Pangsa Kangkar Pulai, di samping membantu peningkatan ekonomi dikalangan penduduk komuniti. Empat sistem telah dicadangkan iaitu Sistem Pengurusan BJB, Sistem Tempahan Produk Komuniti, Sistem Tempahan Ruang dan Peralatan dan Sistem Tempahan Servis.

Sistem Pengurusan BJB
Mengurus aktiviti komuniti, aduan, kewangan, maklumat penduduk dan penghasilan pelbagai laporan.

Sistem Tempahan Produk Komuniti
Menerima tempahan, urus jualbeli produk komuniti, dan penghantaran produk kepada pembeli.

Sistem Tempahan Ruang dan Peralatan
Mengurus tempahan ruang (anjung laman etc milik perbadanan) dan peralatan yang digunapakai bersama.

Sistem Tempahan Servis
Mengurus, menerima dan menawar perkhidmatan (servis) dari komuniti kepada komuniti. Contoh servis:  menjahit, belajar mengaji, catering etc.