Pemprofilan Bangsa Johor Bahagia

Pemprofilan penduduk merupakan aktiviti yang dilakukan bertujuan bagi mengetahui maklumat demografi penduduk dan keperluan yang diinginkan oleh penduduk. Sebagai awalan proses pemprofilan penduduk ini, Perbadanan Kenari telah dipilih sebelum diperluaskan ke Kawasan Perumahan Kangkar Pulai yang lain.

Instrument Kajian
Bagi memperoleh maklumat pemprofilan borang soal selidik digunakan. Maklumat yang terdapat pada borang soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian yang pertama adalah mengenai maklumat ibu dan bapa. Dalam bahagian ini maklumat yang ingin diperolehi adalah lebih kepada maklumat peribadi ibu bapa termasuk bangsa, kewarganegaraan, status dan kemahiran. Seterusnya adalah mengenai maklumat keluarga termasuk mengenai isi rumah, pendapatan dan kenderaan yang digunakan.

Seksyen yang seterusnya adalah mengenai aktiviti keluarga. Pada seksyen ini, maklumat seperti aktiviti yang sering dilakukakan bersama keluarga akan dikenal pasti. Yang terakhir adalah mengenai maklumat anak-anak seperti bilangan anak mengikut umur, kemahiran anak dan masalah pembelajaran yang dihadapi anak-anak.