Sisa Segak adalah salah satu inisiatif yang dicadangkan untuk mengatasi masalah pembuangan sampah secara terus dari aras atas ke aras bawah bangunan.
Seperti khidmat Grab Car, Grab Sampah, Pengurusan Sisa Segak juga akan mengenakan bayaran mengikut kadar tertentu. Cadangan caj bayaran untuk setiap perkhidmatan adalah sebanyak RM 2 bagi setiap beg palstik sampah bersaiz L.
Dengan adanya perkhidmatan ini, penduduk yang mahu membuang sampah ke pusat pengumpulan sampah yang disediakan di bawah flat hanya perlu memanggil agen iaitu Skuad Fasiliti Sejahtera yang berdaftar dibawah Perbadanan.
Diharapkan inisiatif ini menjadi satu usaha untuk menyokong aktiviti Pengurusan Fasiliti kediaman strata serta dapat menerapkan rasa tanggungjawab kepada komuniti untuk membentuk persekitaran yang bersih, selamat dan ceria.