Penubuhan Skuad Pengurusan Fasiliti Komuniti Sejahtera

Penubuhan Skuad Pengurusan Fasiliti Komuniti Sejahtera (Skuad PFKS) bermatlamat untuk membantu pihak Perbadanan Pengurusan Kenari mengawal selia aktiviti dan tahap kebersihan, keselamatan dan keceriaan di blok-blok yang ditetapkan. Ia selaras dengan hasrat perbadanan untuk membendung perbuatan laku musnah (vandalisma) fasiliti yang sering berlaku di sana. Penglibatan penduduk secara proaktif dalam aktiviti ini akan memupuk rasa tanggungjawab penduduk terhadap tahap keselamatan dan kebersihan fasiliti sedia ada sekaligus mengurangkan gejala laku musnah tesebut.


Skuad PFKS ini terdiri daripada Ketua Perbadanan, Ketua blok, wakil legasi (>51 tahun), dewasa lelaki dan wanita (30-50 tahun), belia (19-29 tahun) dan cilik (pelajar sekolah). Setiap ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri. Kumpulan legasi dan dewasa bertanggungjawab untuk menjalankan penilaian tahap kebersihan dan keselamatan blok masing-masing. Manakala wakil belia / remaja bertindak sebagai pengawas fasiliti Kenari, yang bertanggungjawab untuk membuat laporan (lisan dan bertulis) tentang kerosakan fasiliti, dan ruang yang tidak bersih, aktiviti vandalisma, perbuatan mencurigakan dan sebagainya. Agen Cilik Kenari pula berperanan sebagai pengawas fasiliti Kenari, dengan melaporkan (lisan) sebarang laporan kerosakan fasiliti ruang permainan kanak-kanak, tong kitar semula, tong sampah dan sebagainya. Senarai nama penduduk Pangsapuri Kenari yang berminat untuk menyertai skuad ini telah diserahkan oleh Puan Sanisah pada 1 Mac 2019.

Aktiviti