Mengenai Kami
Bangsa Johor Bahagia
Pengenalan
Bangsa Johar Bahagia merupakan sebuah projek komuniti perintis yang diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Permasuri Johor dengan hasrat untuk membantu meningkatkan kualiti hidup golongan miskin bandar di negeri Johor.
Untuk tujuan itu, projek ini memanfaatkan kepakaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan agensi-agensi lain dalam aspek pengurusan fasiliti, rekabentuk bangunan, pembangunan sosial dan transformasi digital. Projek ini juga dibiayai oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Pangsapuri Kangkar Pulai, sebuah kawasan perumahan berstrata kos rendah yang terletak dalam jarak 15 km daripada UTM telah dipilih sebagai lokasi bagi projek ini.
Carta Organisasi
"Program Bangsa Johor Bahagia bukan sahaja dapat mewujudkan sebuah kawasan kediaman yang lestari, malah diyakini mampu membendung masalah sosial dalam kalangan generasi muda, di samping membentuk masyarakat yang pro-aktif" Raja Zarith Sofiah






Objektif
Meningkatkan kualiti persekitaran kehidupan komuniti berstrata kos rendah dan sedarhana
Membentuk komuniti yang serangkai, proaktif, produktif dan memanfaatkan teknologi.
Melaksanakan program psiko sosiologikal kreatif dan inovatif bagi membentuk komuniti bernilai tinggi
Kerangka Bangsa Johor Bahagia


Sukses
Komuniti Berjaya

Sejahtera
Fasiliti Komuniti Sejahtera

Serangkai
Komuniti Digital Beretika

Lestari
Persekitaran Kejiranan Lestari

Komuniti Digital Beretika
Membina komuniti celik digital di Flat Kangkar Pulai sebagai Projek Perintis Bangsa Johor Bahagia dengan kerjasama Yayasan Zarith Sofiah dan Universiti Teknologi Malaysia.

Persekitaran Kejiranan Lestari
Projek yang melibatkan 30 orang penduduk pangsapuri, 3 Pakar dan 55 Pelajar UTM ini memfokuskan pembangunan Laman Edible BJB di Rumah Pangsa Kangkar Pulai.

Fasiliti Komuniti Sejahtera
Projek ini melibatkan pakar dan 11 pelajar UTM dari Fakulti Alam Bina dan Ukur. Ia dimulakan dengan pemprofilan penduduk serta audit fasiliti untuk mendapatkan maklumat demografi dan keperluan penduduk.

Komuniti Berjaya
Program Komuniti Berjaya dilaksanakan untuk menyuntik elemen inspirasi dan perubahan minda penduduk dalam kalangan remaja dan wanita untuk lebih proaktif dan progresif dalam menjayakan impian Komuniti Sukses BJB.